Hari nie ana nak sentuh ckit bab cinta dunia...bkn cinta alam sekitar(ana pon cintakan alam sekitar) tp cintakan harta di dunia dan sebagainya...Bacalah tentang penyataan yg diberikan oleh Nabi tentang zaman nie.. "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa2 dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yg hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"Nabi s.a.w menjawab,"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,dan Allah s.w.t akan mencabut rasa gerun terhdp kamu dari hati musuh2 kamu,dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "wahan".Seorang sahabat bertanya,"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab,"Cinta pada dunia dan takut pada mati". Hadis Riwayat.Abu.Daud
Keterangan bg yg x phm ape yg dimaksudkan:
Mmg benar apa yang disabdakan oleh Nabi kita.Keadaan umat Islam kini menggambarkan kebenaran itu.Umat Islam walaupun mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta(1/5 penduduk dunia),tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa2 lain.Mereka ditindas,diinjak-injak,disakiti,dibunuh dan sebagainya.Bangsa2 dari seluruh dunia walaupun berbeza agama,mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan umat kita...BANGUNLAH ISLAM!!!
Sebenarnya,kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri,iaitu dari penyakit "wahan" yg merupakan penyakit campuran dari 2 unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua,iaitu "cinta dunia" dan "takut mati".Kedua2 penyakit ini x dpt dipisahkan."Cinta Dunia" bermakna rakus,tamak,bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t..Adapun begitu semuanya yang menderma tp riak,menunjuk-nunjuk,konon2 kayalah..
Manakala "takut mati" pula bermaksud leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi akhirat dan tidak mempunyai perasaan berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Ana harap ape yg ana tulis nie sedikit sebanyak "improve" ibadah kita...terutama JIWA KITA..Jiwa nie memainkan peranan yg penting kerana ianya sebahagian dr kita...Jadi,ana minta kita pulihkan balik niat kita dan berusaha memartabatkan Islam seperti zaman Salahuddin Al-Ayyubi....
Sayonara,
No comments:
Post a Comment